fbpx

Faedah Perkeso bantu suri rumah dalam pantang teruskan kehidupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farihah (kanan) menyampaikan bantuan Perkeso termasuk faedah pengebumian kepada Nurul Akmmar di Kampung Tanjong, Batu Rakit, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seorang suri rumah yang sedang berpantang anak keempat menerima dugaan berat apabila suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya kira-kira dua minggu lalu.

Nurul Akmmar Hassan, 29, berkata, suaminya, Mohd. Zuhairi Mohd. Noor, 39, meninggal dunia selepas lebih 24 jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada 13 Mei lalu.

Dia memberitahu, arwah suaminya terlibat dalam kemalangan di Kampung Wakaf Tengah di sini pada pukul 10.30 pagi, 12 Mei lalu.

“Motosikal ditunggangi arwah suami saya terlanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang dikatakan tiba-tiba membuat pusingan ‘U’.

“Sebelum itu, dia yang merupakan pemotong rumput baru pulang dari menyelesaikan tugasannya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjong, Batu Rakit di sini hari ini.

Terdahulu, Nurul Akmmar menerima kunjungan daripada Pengarah Pertubuhan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Farihah Che Husin untuk menyerahkan faedah pengurusan mayat berjumlah RM2,000.

Dia berkata, kehilangan secara mengejut suaminya itu membuatkan hidupnya dan empat anak iaitu Qistina Nur Amani, 11, Muhammad Qhalif Iman, 7, Qaireen Nur Tasnim, 2, dan Qisya Nur Ameena yang baru berusia sebulan bagaikan dalam kegelapan.

Tambahnya, sebelum ini, semua urusan rumah tangga termasuk menguruskan persekolahan anak-anak dan mencari rezeki diuruskan sepenuhnya oleh arwah suaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI