fbpx

[VIDEO] Bangunan KWSP Petaling Jaya terbakar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh orang awam di media sosial.

PETALING JAYA – Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Jalan Gasing, di sini dilaporkan terbakar kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Menurut video yang dimuat naik oleh orang awam di media sosial, api kelihatan marak di bahagian depan bangunan tersebut.

Walau bagaimanapun, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung kejadian itu.

Terdahulu, pada tahun 2018, bangunan enam tingkat itu terlibat dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada percikan api ekoran kerja penyelenggaraan yang sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI