fbpx

Aaron Aziz bengang difitnah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON AZIZ

PETALING JAYA – Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz berang dengan laporan palsu sebuah blog yang memuatkan tajuk berita dirinya telah meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 47, meluahkan kekesalan terpaksa berhadapan fitnah buat kali ketiga dalam tempoh tidak sampai setahun.

“Kalau tak baca betul-betul, nampak macam kali kedua saya ‘dimeninggalkan’ oleh blog-blog sedih seperti ini.

“Kali ketiga saya difitnah tahun ini. Apa masalah mereka? Adakah anda fikir ini adalah satu jenaka?” luahnya menerusi perkongsian di Instagram.

Pada masa sama, bapa kepada tiga cahaya mata itu bimbang sekiranya tajuk berita sebegitu menimbulkan kekeliruan sehingga mengganggu emosi anaknya yang berada di luar negara.

“Anak saya dua orang di luar negara dan negeri. Tolonglah fikir cara lain hendak promosi portal anda,” katanya lagi.

Pelakon KL Gangster itu memuat paparan dari portal yang menyebarkan berita kematiannya dengan tajuk ‘Aaron sudah meninggal dunia’.

“Innalillah, khabar pilu daripada pelakon popular Aaron Aziz hari ini telah meninggal dunia,” demikian ayat paparan tersebut.

Terdahulu, pada September 2013 timbul laporan mendakwa Aaron meninggal dunia akitbat kemalangan ketika melakukan aktiviti papan luncur salji yang tersebar luas di internet.

Menurut laporan laman berlogo ‘Global Associated News’, aktor kelahiran Singapura ketika itu bercuti bersama keluarganya di Switzerland.

Difahamkan laman berkenaan terkenal dengan membuat laporan palsu kematian individu ternama termasuk Tiger Woods, Nicki Minaj, Jaden Smith, Adam Sandler dan Avril Lavigne. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI