fbpx

[VIDEO] Dua kes buli berlaku di sekolah menengah di Butterworth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian buli di sebuah sekolah menengah di Butterworth yang tular baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dua kes buli yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Butterworth, Seberang Perai Utara (SPU) di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat dua kejadian berlaku berasingan membabitkan dua mangsa lelaki terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua di sekolah sama pada 19 Mei lalu.

Menurutnya, kes berkenaan membabitkan dua mangsa yang dipukul beberapa pelajar lain di dalam tandas lelaki dipercayai di sekolah tersebut.

“Kes pertama berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari iaitu melibatkan mangsa pelajar tingkatan dua telah dipukul oleh seorang pelajar tingkatan tiga manakala kes kedua pula berlaku pada 3 petang.

“Dalam kes kedua, mangsa merupakan pelajar tingkatan satu telah dipukul oleh sembilan pelajar senior dan siasatan mendapati kedua-dua mangsa dipukul menggunakan tangan serta kaki tanpa sebarang objek lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi kes kedua, polis berjaya menahan sembilan remaja lelaki berusia antara 14 hingga 16 tahun yang juga pelajar tingkatan dua hingga empat di sekolah sama.

“Polis turut merampas enam telefon bimbit bagi membantu siasatan kedua-dua kes itu yang videonya masing-masing berdurasi 24 dan 34 saat seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu.

“Kes pertama disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan orang manakala kes kedua pula disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial dua kejadian pergaduhan berasingan di sekolah yang sama dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sejak semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI