fbpx

Penderitaan Muhammad Athif dapat perhatian kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik Muhammad Athif Fahri ketika menerima kunjungan daripada Pengasas Yayasan Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd. Azmi di rumahnya di Permatang Badak di Kuantan pada 15 Mei lalu.

BERA – Penderitaan seorang kanak-kanak berusia 15 bulan, Muhammad Athif Fahri Mohd. Farhan yang menghidap penyakit genetik jarang berlaku, Atrofi Otot Spina (SMA) mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.

Muhammad Athif Fahri memerlukan suntikan ubat jenis genetik Zolgensma bernilai kira-kira RM9.28 juta untuk kesan pulih seumur hidup.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, kerajaan negeri memberi perhatian kepada kanak-kanak berkenaan yang mana setakat ini keluarga kanak-kanak terbabit menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

“Setakat ini kerajaan negeri melalui JKM telah memberi bantuan sebanyak RM500 sebulan. Kita juga telah menguar-uarkan kepada semua rakyat Pahang, termasuk seluruh negara selain memohon kepada pihak korporat bagi menampung perbelanjaan adik Athif.

SABARIAH menyampaikan sumbangan kepada peserta Jelajah Peduli Keluarga di Bera semalam.

“Sebelum ini kerajaan negeri telah menyumbangkan sebuah mesin pernafasan bagi memenuhi keperluan adik Athif yang bernilai RM23,000,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Hari Keluarga Antarabangsa sempena Jelajah Peduli Keluarga di sini semalam.

Tambahnya, pemantauan berkala turut dilakukan pihak JKM dan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi klinik kesihatan berdekatan bagi memastikan kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan yang sihat dan stabil.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Muhammad Athif yang tinggal bersama keluarganya di Permatang Badak, Kuantan memerlukan suntikan ubat genetik berharga RM9.28 juta bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi ototnya yang terjejas akibat penyakit dideritainya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI