fbpx

Lalui fasa emosi, Sharnaaz Ahmad tetap cemerlang dalam Polis Evo 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Berdepan masalah sakit gigi dan kecederaan pada lutut tidak menghalang pelakon Sharnaaz Ahmad memberikan sepenuh jiwa terhadap watak antagonis dalam filem aksi Polis Evo 3.

Katanya, karakter bekas anggota polis yang mahu melunaskan misi membalas dendam itu menuntut pengorbanan tinggi, namun dirasakan cukup berbaloi.

“Sebenarnya saya banyak berhadapan dengan kesakitan ketika menjayakan filem ini. Antaranya, masalah sakit (gigi) pada geraham bongsu setiap hari.

“Mungkin kedengaran lucu dan nampak biasa, tetapi cubalah berlakon ketika sakit gigi. Rasa nak marah, nak menjerit.

“Saya juga bergelut dengan kesakitan termasuk kecederaan lutut, selain perlu perlu menjalani pembedahan hidung disebabkan kesan habuk tebal di lokasi penggambaran.

“Apa pun saya berbangga menjadi sebahagian daripada francais Polis Evo, malah ini memori indah untuk dikenang,” katanya ketika ditemui pada malam gala Polis Evo 3, malam kelmarin.

Menurut penggalas watak Reza dalam filem arahan Syafiq Yusof itu, badannya juga susut impak latihan fizikal, selain perlu merealisasikan banyak babak lasak dan pertarungan.

Memberi sepenuh penjiwaan, lakonan aktor berusia 37 tahun itu nyata meraih pujian apabila menyentuh perasaan khalayak yang dibuai syahdu dengan emosi dilalui Reza.

Dalam satu babak bersama Inspektor Khai lakonan Shaheizy Sam, air matanya jelas bergenang dihimpit antara rasa marah dan kesedihan.

“Semua sudah sedia maklum, ketika penggambaran berlangsung saya sedang melalui satu fasa dalam hidup tetapi saya kawal emosi dan buat kerja sahaja.

“Bagi saya kerja adalah kerja, tanggungjawab tetap saya laksanakan dengan sehabis baik. Kalau tak mampu buat, saya akan sedih dengan diri sendiri,” katanya yang tidak bertanyakan bayaran ketika diajukan tawaran.

Polis Evo 3 terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions yang turut dibintangi Zizan Razak ditayangkan di seluruh negara mulai 25 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI