Khabar angin mengenai hubungan romantis antara V BTS dan Jennie Blackpink menjadi topik hangat dalam media sosial.
Hal tersebut diperkuatkan lagi dengan penyebaran video yang menyaksikan sosok mirip dua bintang K-pop itu berjalan berpegangan tangan beberapa hari lalu dalam sebuah acara hiburan popular.
Spekulasi tersebut terus menjadi perdebatan apabila peminat menyedari kedua-dua bintang dunia itu memakai kalung yang sama.
Ketika itu, agensi masing-masing menafikan sebarang penglibatan romantis antara V dan Jennie. Bagaimanapun, kedua -dua syarikat iaitu Hybe dan YG Entertainment akhirnya memberi respons menyatakan bahawa mereka tidak tahu apa-apa.
“Kami tidak tahu apa-apa kerana perkara tersebut adalah kehidupan peribadi artis,” jelas Hybe dan YG Entertainment.






