fbpx

Insiden kepulan asap di HSA ‘false alarm’, tidak jejas operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular menunjukkan kepulan asap keluar daripada sebuah bangunan di HSA Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Insiden kepulan asap yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dilaporkan berlaku di Bilik High Voltage yang terletak di antara bangunan induk dan bangunan Poliklinik HSA semalam tidak menjejaskan operasi hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, insiden tersebut juga tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

Menurut beliau, insiden itu berpunca daripada ‘false alarm’ Sistem Pemadaman Kebakaran Jenis Aerohub yang telah menyebabkan gas aerosol dibebaskan.

“Sistem UPS dan Janakuasa Tunggu Sedia hospital berada dalam keadaan baik dan berfungsi untuk memastikan perkhidmatan berjalan lancar.

“Unit Keselamatan turut bekerjasama dalam memastikan lokasi kejadian berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Tian Soon, pihak pengurusan dan Jurutera HSA, syarikat konsesi serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil langkah awal dengan memeriksa dan mengenal pasti punca kejadian.

Beliau turut memberitahu, pengurusan hospital juga sentiasa cakna dan akan berusaha memastikan keselamatan tempat bertugas semua anggota serta gangguan pada aktiviti perawatan pesakit menjadi keutamaan HSA.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI