fbpx

Guru bersara mahu terus jadi ahli YGMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN MUNADI (depan dua dari kanan) diiringi Timbalan PPD Maran Saharudin Ali Hanapiah menyerahkan manfaat hadiah persaraan kepada Rosnani Hasbullah (kiri) dan tuntutan penyakit kritikal kepada Zulkefli Badion (kanan) di SK Felda Jengka 8 di Maran hari ini.

MARAN – Manfaat besar keahlian dalam Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) membuatkan guru-guru yang telah bersara tetap terus menjadi ahli yayasan berkenaan bagi menikmati pelbagai faedah ditawarkan.

Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jengka 8, Rosnani Hasbullah berkata, dia yang baru bersara pada 1 Mei lalu mahu terus menjadi ahli YGMB yang dilihat menawarkan banyak faedah melalui pelbagai skim ditawarkan.

“Saya baru menyertai Skim Emas ini pada 2021 kerana saya tidak berapa tahu mengenai skim ini sebelum ini, dan bila menyertainya saya lihat banyak betul manfaat yang ditawarkan kepada pendidik.

“Jadi saya telah membuat keputusan untuk terus menyertai skim ini dan telah memaklumkan kepada pihak berkenaan akan membuat bayaran tunai,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, skim yang ditawarkan oleh YGMB amat bermanfaat dan perlu direbut oleh golongan pendidik dalam memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.

Rosnani memberitahu, dia amat gembira apabila melihat ramai rakan-rakan pendidik mendapat manfaat melalui pelbagai tututan dalam skim ini termasuklah tuntutan penyakit kritikal dan sebagainya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, pada masa ini terdapat lebih 130,000 pendidik menjadi ahli dalam skim yang ditawarkan oleh YGMB meliputi empat skim yang disediakan.

Katanya, sehingga kini sebanyak RM27 juta tuntutan pelbagai manfaat ahli telah disalurkan kepada pendidik yang menjadi ahli yayasan berkenaan sejak penubuhan.

“Menerusi penelitian dan kajian secara mendalam mendapati manfaat-manfaat yang disediakan oleh YGMB hampir melengkapi keperluan seorang guru.

“Jadi dari semasa ke semasa YGMB akan ke seluruh negara bagi menyampaikan segala maklumat berkenaan manfaat kebajikan dan juga peranan utama YGMB,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI