fbpx

Empat lelaki terlibat kes curi, jual lembu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BATU GAJAH – Polis menahan empat lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian lembu di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek berusia lingkungan 25 hingga 42 tahun itu ditahan sebaik sahaja selesai urusan jual beli haiwan ternakan tersebut.

Mohamad Roy.

Katanya, siasatan mendapati kesemua mereka merupakan penggembala lembu dan ternakan yang dicuri itu akan dijual kepada orang perseorangan di kawasan Perak Tengah dan Kampar.

“Menerusi tangkapan tersebut, kita turut merampas dua ekor lembu. Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga esok.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan sebaik sahaja siasatan kes ini dilengkapkan,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan semakan kesemua suspek didapati tidak memiliki rekod kesalahan lampau bersabit kes curi haiwan ternakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI