fbpx

Untungnya Zaki Yamani, berduet dengan PM!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKI bertuah dapat berduet dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

REZEKI datang bergolek, sepertinya itu cukup menggambarkan momen manis Zaki Yamani apabila berpeluang berduet dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Momen manis tersebut berlaku ketika Zaki membuat persembahan semasa Majlis Rumah Terbuka Madani di Terengganu pada minggu lalu.

Paling manis, Anwar turut berduet dengan Zaki mendendangkan lagu Azizah, sekali gus menggamatkan suasana.

Perkara itu turut diakui oleh Zaki yang teruja dapat menyanyi bersama Perdana Menteri dan menganggapnya sebagai satu pengalaman terindah.

Khalayak juga berpendapat Zaki sangat beruntung. Pengalaman sebegitu bukan mudah untuk diperolehi mana-mana penyanyi apatah lagi Zaki yang muda remaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI