fbpx

Suami marah isteri beli durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu dimarahi suaminya ketika membuka kotak berisi durian yang dibelinya. - Sanook

BEIJING – Pertengkaran sepasang suami isteri di China mengenai isu durian mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wanita itu ingin menikmati buah durian selepas pulang bekerja, namun dia dimarahi oleh suaminya. Lelaki tersebut menuduh isterinya berbelanja secara berlebihan untuk buah itu.

Kejadian berlaku pada 6 Mei lalu di Hangzhou, wilayah Zhejiang. Setelah pulang lewat kerana bekerja lebih masa, wanita itu membeli durian sebagai hadiah untuk dirinya.

Apabila dia membuka durian itu, suaminya mengkritik tindakannya yang dikatakan berbelanja secara berlebihan untuk barangan tidak perlu.

“Jangan cakap perkara tidak masuk akal. Awak tidak takut diketawakan orang? Durian ini saya beli dengan duit saya sendiri, bukan duit awak. Adakah saya pernah menggunakan duit awak? 

“Saya menyediakan makanan bahkan membeli ubat kumur awak. Awak tidak bekerja keras malah tinggal di rumah sepanjang hari. Saya bekerja dan menjaga anak setiap pagi. Saya sibuk sepanjang masa,” kata wanita itu dengan tenang.

Akibat kata-kata isterinya, lelaki itu marah dan merungut sebelum menutup lampu untuk tidur.

Kejadian itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Mereka bersimpati dengan wanita itu dan menegaskan bahawa dia berhak membelanjakan wangnya sesuka hati. 

Namun begitu, segelintir netizen menyebelahi si suami dan mengecam isteri yang melulu mencari kebahagiaan peribadi tanpa mengambil kira bajet keluarga yang terhad. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI