fbpx

‘Berair’ mata tengok Rani Mukerji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANI MUKERJI

TIADA satu perkara di dunia ini mampu melawan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.

Mesej tersebut yang diangkat dalam filem Bollywood terbaharu, Mrs. Chatterjee vs Norway.

Filem tersebut mengisahkan Debika Chatterjee lakonan Rani Mukerji berjuang melawan undang-undang di Norway bagi mendapatkan haknya sebagai seorang ibu.

Plot memuncak apabila anak Debika ‘dirampas’ oleh kerajaan Norway kerana beranggapan dia tidak mampu menjaga dua cahaya matanya.

Antara alasan yang dikemukakan ialah tidur sekatil dengan anak, menyuapkan makanan menggunakan tangan dan menyapu celak pada wajah anak untuk mengelak anasir jahat.

Bagi mendapat kembali dua anaknya, pelbagai usaha dilakukan Debika dan pengakhiran filem ini boleh ditonton dalam platform penstriman Netflix.

Diangkat daripada kisah benar, naskhah arahan Ashima Chibber tersebut berjaya menduduki tiga filem paling popular dalam Netflix sepanjang minggu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI