fbpx

Sambutan luar biasa RHB Lekas Highway Ride 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Rashid (tengah) dan Chun Fai (dua dari kiri) menyempurnakan simbolik pelancaran RHB Lekas Highway Ride 2023 hari ini.

KUALA LUMPUR – Edisi kelapan RHB Lekas Highway Ride 2023 mendapat sambutan hebat apabila 6,000 peserta sudah mengesahkan penyertaan pada acara yang bakal berlangsung 21 Oktober depan di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas).

Acara berbasikal yang dilabel sebagai kayuhan berbasikal lebuh raya No.1 pada sebelah malam itu berjaya menarik penyertaan peserta tempatan serta antarabangsa.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Bank Group, Mohd. Rashid Mohamad berkata, acara itu mendapat sambutan cukup menggalakkan di setiap edisi sejak dianjurkan pada 2012.

“Kami memutuskan untuk meningkatkan bilangan kepada 6,000 penyertaan tahun ini disebabkan sambutan yang cukup menggalakkan. Kami berharap dapat membawa satu lagi acara berbasikal yang memberi impak lebih besar tahun ini.

“Dalam tempoh 10 hari sejak pendaftaran dibuka 1 Mei lalu, kami telah mencapai 6,000 pendaftaran, mengatasi jumlah tahun lalu,” katanya pada sidang media di RHB Centre, Jalan Tun Razak hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Lee Chun Fai turut berbesar hati dengan sambutan menggalakkan yang diterima daripada setiap peserta.

Sebanyak empat kategori ditawarkan pada edisi kali ini iaitu 120 kilometer (km), 78km, 22km dan 12km.

Edisi kali ini memperkenalkan kategori baharu membabitkan wanita veteran 78km, manakala saingan remaja menyaksikan pertambahan laluan sepanjang 22km berbanding 17km sebelum ini.

RHB Lekas Highway Ride 2023 adalah acara anjuran bersama RHB Banking Group (RHB) dan Lekas, yang merupakan anak syarikat kepada IJM Corporation Berhad.

Untuk melancarkan penganjuran kayuhan berbasikal itu, laluan sepanjang Lebuh Raya Lekas akan ditutup bermula pukul 5 petang pada 21 Oktober 2023 sehingga 3 pagi keesokannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN