fbpx

Penganggur dicekup, tak sempat edar 20,000 pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 20,000 biji pil kuda yang dirampas dalam serbuan di belakang sebuah rumah di Kampung Batu Hampar, Tok Uban dekat Pasir Mas kelmarin. FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Seorang penganggur tidak sempat mengedar sebanyak 20,000 pil kuda bernilai RM200,000 selepas ditangkap dalam serbuan di belakang sebuah rumah di Kampung Batu Hampar, Tok Uban di sini kelmarin.

Suspek yang berusia 24 tahun itu dicekup kira-kira pukul 12.45 tengah malam selepas sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menyerbu rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, pemeriksaan terhadap suspek menemui satu bungkusan plastik hitam yang mengandungi 20,000 pil kuda.

Menurutnya, pil kuda itu dipercayai untuk dijual di pasaran luar Kelantan.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah. Suspek juga mempunyai satu rekod lampau berkait kes dadah pada empat tahun lalu.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI