fbpx

Pemilik cat bas sekolah haram warna kuning elak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murid dan pelajar sekolah berisiko apabila menggunakan perkhidmatan bas atau van haram untuk ke sekolah setiap hari. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Penguatkuasaan berterusan sentiasa dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam mencegah dan membanteras aktiviti bas sekolah haram yang berleluasa di Selangor.

Bagaimanapun, penggunaannya yang telah menyerap sehingga menjadi budaya masyarakat bagi memudahkan urusan ha­rian.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, berdasarkan operasi dilakukan bermula awal Januari hingga bulan ini mendapati sebanyak 72 ke­salahan menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dikesan seluruh negeri ini.

Adalah menjadi satu kesalahan kenderaan persendirian diguna pakai sebagai kende­raan perkhidmatan awam kerana tidak dilindungi insurans jika berlaku kemalangan.

“Kesalahan ini juga, boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kata beliau, isu pengusaha van sekolah ‘haram’ sememang­nya mendapat perhatian serius pihaknya termasuk dari segi ­aduan daripada orang ramai.

Ujarnya, kesemua ini bagi memastikan keselamatan perjalanan harian setiap para murid atau pelajar sekolah.

“Ini termasuk modus ope­randi digunakan pengusaha van sekolah tanpa lesen ini yang mengecat kenderaan mereka berwarna kuning bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan juga ibu bapa.

“Jangan ingat kita tidak tahu dan mereka sentiasa dalam radar kami kerana risikan dan pemerhatian sentiasa dilakukan dalam membendung perkhidmatan tidak sah ini,” tegasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan isu bas atau van sekolah haram yang makin berleluasa di Lembah Klang.

Dianggarkan bas sekolah ha­ram ini angkanya menyamai dengan bas sekolah berlesen, namun gagal dikesan pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI