fbpx

Mahkamah: Ugut bunuh rakan serumah ‘pengotor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Padah mengugut bunuh rakan serumah yang enggan mengemas rumah membuatkan seorang buruh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Sasha Diana Sabtu menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh Mohd. Khairul Izuwan Che Rahim, 35, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mahkamah turut memerintahkan tambahan penjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mohd. Khairul didakwa melakukan ugutan jenayah akan membunuh seorang lelaki berusia 23 tahun sambil membawa sebilah pisau dalam sebuah rumah di Kampung Sri Aman, Puchong pada pukul 6 petang, 1 April lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa kejadian tertuduh telah memarahi mangsa yang telah menjadi rakan serumah sejak dua tahun lalu kerana tidak mengemas bilik.

Lelaki itu juga bertindak membakar kasut, baju serta seluar mangsa serta mengejar rakan serumahnya itu menggunakan sebilah pisau dan menyatakan “aku dapat kau, aku bunuh kau,” .

Pada prosiding itu, tertuduh tidak diwakili peguam merayu hanya dikenakan hukuman denda sahaja sebelum Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Baghwant Singh memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI