fbpx

Lelaki pengsan 9 cincin tersangkut pada kemaluan lebih 12 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar bedah terpaksa menggunakan pemotong besi untuk membuang cincin itu. - Science Direct

CANBERRA – Seorang lelaki di Australia dikejarkan ke hospital selepas pengsan kerana sembilan cincin logam tersangkut pada kemaluannya dalam kes yang dianggap aneh, lapor akhbar New York Post semalam.

Kes jarang berlaku itu disiarkan dalam jurnal perubatan, Urology Case Reports.

Lelaki berusia 44 tahun itu dikejarkan ke unit kecemasan selepas sembilan cincin keluli tahan karat tersangkut pada pangkal kemaluan dan skrotumnya selama 12 jam.

Hasil pemeriksaan mendapati pangkal kemaluan lelaki itu bengkak dengan doktor terpaksa memberinya anestetik intravena untuk mengurangkan kesakitan.

Pakar bedah kemudian cuba menanggalkan cincin berdiameter 1 sentimeter itu dengan menggunakan pemotong besi tetapi gagal.

Akibat buntu, mereka meminta bantuan anggota bomba yang kemudian menggunakan gergaji khas untuk memotongnya.

Walaupun berjaya, pesakit itu tidak sepenuhnya selamat dari pengalaman pahit itu tanpa cedera.

Uretra lelaki itu didapati bengkak selain dia mengalami mati pucuk tahap kecil selepas kejadian itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI