fbpx

Demonstrasi bantah rayuan kes kalimah Allah kekal berlangsung di masjid negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Demontrasi berhubung kalimah Allah yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada minggu lalu. - Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Satu demonstrasi membantah rayuan kes kalimah Allah di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, tetap berlangsung biarpun dilarang polis hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati perhimpunan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu disertai puluhan orang ramai selepas selesai solat Jumaat, kira-kira pukul 2 petang tadi.

Demonstrasi itu bagaimanapun berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini berlaku dan turut dikawal ketat puluhan anggota polis.

Perhimpunan itu antaranya menuntut proses perbicaraan terus dijalankan dan isu berkenaan diselesaikan tanpa campur tangan politik.

Selain itu, penganjur mahu hak umat Islam dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam terus dipertahankan.

Terdahulu, polis meminta orang ramai tidak sesekali menyertai demonstrasi bantahan tersebut yang  tular di media sosial sebelum ini.

Perkara itu dipandang serius kerana perhimpunan berkenaan melibatkan kawasan rumah atau tempat ibadat.

Kesalahan itu diperuntukkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).-KOSMO!ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI