fbpx

Sidang DUN Perak berwajah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Zahir (kanan) ketika berada di Dewan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI / KOSMO!

IPOH – Dewan Negeri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Mesyuarat Ketiga Tahun Pertama Dewan Negeri ke-15 akan berwajah baharu pada sidang yang akan berlangsung pada 22 Mei hingga 25 Mei 2023.

Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, pengubahsuaian yang melibatkan ruang dalaman iaitu penaiktarafan meja dan kerusi Ahli Dewan Negeri.

“Setelah beberapa penambahbaikan dibuat sebelum ini seperti naik taraf sistem audio dan visual serta karpet di dalam Dewan Negeri.

“Karpet di dalam Dewan ini pun sudah 25 tahun tidak ditukar,” katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurutnya, penambahbaikan itu dapat memberikan keselesaan dan suasana yang lebih segar seiring dengan iltizam memartabatkan Dewan Negeri sebagai institusi legislatif tertinggi negeri.

“Kerja pengubahsuaian dewan ini bermula pada Februari 2023 dan telah siap sepenuhnya pada bulan ini dan kos peruntukkan adalah sebanyak RM1 juta,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Zahir berkata, sepanjang empat hari persidangan tersebut, sesi soalan lisan akan berlangsung selama 90 minit.

“Pada Mesyuarat kali ini, dua Rang Undang-Undang (RUU) akan dibawa antaranya Enakmen Hotel Perak 2023 dan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023.

“Terdapat dua usul yang akan dibawa oleh Menteri Besar Perak iaitu Usul Meminda Perkara 38, Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan Usul Pemilihan Ahli Dewan Negara berikutan terdapat satu kekosongan ketika ini,” katanya.

Katanya, seramai 46 orang ADUN akan diberikan peluang untuk berbahas berkaitan dua RUU tersebut yang mana 23 orang akan berbahas berkaitan Enakmen Hotel Perak 2023 manakala baki 23 orang ADUN berbahas berkaitan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI