fbpx

Mahkamah: Nasib Siti Bainun tangguh hukuman diketahui Selasa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun yang hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto oleh FARIZ ROSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dalam permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella akan diketahui pada Selasa minggu depan.

Permohonan penangguhan pelaksaanaan hukuman penjara itu adalah untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuan bagi hukuman.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak hari ini.

“Saya perlu meneliti hujahan kedua-dua pihak dan afidavit yang difailkan khususnya mengenai perubatan. Saya akan memberikan keputusan pada Selasa,” kata hakim itu.

Dalam prosiding hari ini, Siti Bainun, 31, selaku pemohon diwakili peguam Ahmad Faiz Munawar dan Mohammad Farhan Maaruf.

Responden pula diwakili Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.

Ketika prosiding berlangsung, Siti Bainun yang dibawa pegawai penjara memakai pakaian sama sewaktu dia dijatuhi hukuman pada Mei lalu.

Turut hadir ahli keluarga Siti Bainun yang berada di galeri awam.

Pada 3 Mei lalu, Siti Bainun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dua pertuduhan tersebut.

Pada masa sama, mahkamah turut menolak permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI