fbpx

Liga Europa: Juventus akui gusar berdepan Sevilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS meraih tonik sebelum berdepan Sevilla apabila meraih kemenangan pada aksi Serie A menentang Cemonese. – AFP

TURIN – Juventus berada dalam keadaan terbaik menjelang aksi timbal balik separuh akhir Liga Europa menentang Sevilla di Ramon Sanchez Pizjuan awal pagi esok selepas menewaskan Cremonese pada saingan Serie A.

Bagaimanapun, jurulatih skuad The Old Lady, Massimi­liano Allegri tanpa berselindung mengakui mereka akan berdepan laluan sukar untuk melangkah ke perlawanan akhir kerana turun beraksi di gelanggang lawan selain terikat 1-1 secara agregat.

Justeru, beliau berharap semua pemain memberikan segala-­galanya pada perlawanan itu nanti memandangkan mereka akan turun menentang sebuah pasukan yang pernah me­me­na­ngi­ kejuaraan tersebut sebanyak enam kali.

“Saya mahu semua pemain mengambil peringatan bahawa kami akan berdepan pasukan yang pernah muncul juara sebanyak enam kali. Ia bukan tugas mudah, tetapi kami akan cuba dapatkan kemenangan.

“Sevilla akan turun di gelanggang sendiri dan ditemani puluhan ribu penyokong mereka, jadi saya harap semua pemain kekal tenang dan fokus terhadap perlawanan. Kami bermain baik pada perlawanan terdahulu,” katanya.

Mengulas situasi pemain te­ngah, Paul Pogba yang tidak dapat bermain pada perlawanan itu nanti kerana mengalami kecede­raan lutut, Allegri berkata, ia satu kehilangan besar buat Juventus memandangkan pemain Perancis itu hampir kembali ke prestasi terbaik.

“Kami semua sangat kecewa, terutamanya selepas dia bermain sangat baik sebelum ini. Keadaan itu pasti sangat menyedihkan buat Pogba kerana dia banyak berkorban untuk kembali cergas, sekarang dia terpaksa berehat semula,” ujarnya. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI