fbpx

Kalimah ‘Allah’: PDRM serahkan penyelesaian pada kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani.

KUALA LUMPUR -Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan kepada kerajaan berhubung keputusan kalimah ‘Allah’, Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurut beliau, polis sudah menjalankan siasatan berhubung perkara berkenaan dan menyerahkan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.

“ Kita percaya akan ada Taklimat Majlis Raja-Raja dalam hal ini.

“Saya percaya isu terbabit sudah pun diselesaikan dengan baik dan saya rasa eloklah kita selesai di situ (Majlis Raja-Raja) dan tidak ada lagi isu yang timbul,” katanya ketika berucap dalam Majlis Hi-Tea Bersama Media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kabinet akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja.

Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, ia bagi menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ secara menyeluruh dan bersepadu.

Tambah beliau, Mesyuarat Jemaah Menteri juga membincangkan mengenai keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah ‘Allah’.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI