fbpx

Tiket konsert Coldplay ‘licin’ dalam tiga jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COLDPLAY

PETALING JAYA – Tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang menjadi rebutan jutaan rakyat Malaysia habis dijual dalam tempoh tiga jam selepas kaunter tiket online dibuka pukul 10 pagi tadi.

Penganjur konsert, Live Nation mengumumkan kaunter jualan tiket ditutup 1 tengah hari tadi dalam satu kenyataan menerusi laman sosial mereka.

“Kami ingin berterima kasih atas sokongan luar biasa terhadap Coldplay live di Kuala Lumpur dan menanti-nantikan kehadiran anda.

“Tidak sabar bertemu anda semua pada 22 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” tulis kenyataan itu.

Semalam, prajualan tiket konsert band asal United Kingdom itu menyaksikan 400,000 peminat menunggu membeli tiket secara maya, sekali gus mencipta rekod baharu buat penganjur, GoLive Asia.

Penganjur turut menjelaskan aliran trafik di laman sesawang dan aplikasi pembelian tiket bertukar perlahan akibat jumlah trafik yang tinggi.

Senario tersebut juga didakwa sesetengah pihak dicetuskan ‘scalper’ atau individu tidak bertanggungjawab yang membeli tiket bagi dijual semula pada harga lebih tinggi bagi mendapat keuntungan.

Dalam beberapa platform media sosial, beberapa pengguna dilihat sudah mula menawarkan semula tiket pada harga tinggi sehingga mencecah RM43,200, sedangkan tempat duduk kategori 1 itu hanya RM1,288 di laman web rasmi Go Live-Asia.

Walaupun Live Nation memberi amaran supaya tidak membeli tiket daripada pihak atau syarikat tidak sah, perkara itu seakan tidak diendahkan ‘ulat’ yang masih berani meletak tawaran.

Sementara itu, menerusi tinjauan dalam laman sembang, ramai peminat meluahkan rasa hampa selepas tidak berjaya meloloskan diri menjadi antara puluhan ribu penonton pertama band tersebut di negara ini.

“Buang masa 8 jam tanpa apa-apa. Tolonglah hentikan penjual semula tiket. Saya beratur dari semalam, tetapi tiada rezeki,” itu antara komen orang ramai.

Tidak kurang juga mempertikaikan sistem menunggu yang disifatkan tidak efisyen dan telus.

“Ada yang masuk lebih lewat berjaya mendapatkan tiket. Adakah anda sebenarnya memberikan keutamaan kepada mereka yang pernah membeli tiket konsert sebelum ini,” luah peminat lain.

Pada masa sama, dalam kalangan penggemar tegar mengharapkan keajaiban meminta penganjur menambahkan satu lagi persembahan.

Sejak semalam ketika pra penjualan untuk pemegang kad CIMB, masing-masing mendedahkan melakukan pelbagai strategi termasuk menggunakan banyak peranti serentak, selain berpakat ‘battle’ secara berkumpulan.

Coldplay yang memulakan siri jelajah sejak Mac tahun lalu turut singgah di Jepun pada 6 dan 7 November, disusuli Taiwan (11 November); Indonesia (15 November) dan Australia (18 November), sebelum ke Kuala Lumpur untuk hentian terakhir di Asia.

Terdahulu, harga tiket menyaksikan konsert ini di Malaysia bermula pada kadar RM228 sehingga mencecah RM3,088. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI