fbpx

Mid Valley terbakar: TNB gerakkan pasukan teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran berlaku di sebuah bilik pencawang, di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, pagi tadi.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kejadian kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) pusat beli-belah Mid Valley pada pukul 10.27 pagi tadi.

TNB dalam satu kenyataan berkata, pasukan teknikal TNB telahpun digerakkan ke lokasi kejadian sementara pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran itu.

“Kebakaran PMU tersebut menyebabkan gangguan bekalan kepada pengguna di kawasan terhad sekitar Mid Valley dan sebahagian Desa Pantai.

“Punca kejadian sedang dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. TNB mengambil langkah segera untuk pemulihan bekalan dengan sebahagian pengguna terlibat telah mendapat bekalan seawal pukul 10.55 pagi,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, TNB sedang berusaha memulihkan bekalan kepada pengguna yang masih terkesan.

“Pengguna boleh menghubungi TNB CareLine di talian 15454 untuk maklumat lanjut.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI