fbpx

Kalah awal, Isaac Voo tak salahkan juri, Naufal Azrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISAAC berharap peminatnya tidak berterusan menyerang rakan seperjuangan, Naufal Azrin sebagai punca penyingkiran dirinya dalam Big Stage 5.

MENJADI peserta pertama yang tersingkir daripada program Big Stage musim lima (BS5) pada konsert minggu kedua, bintang muda bernama Isaac Voo bagaimanapun tidak menyalahkan juri atas ‘bantuan’ Imuniti X bagi menyelamatkan seorang lagi peserta dengan markah terendah, Naufal Azrin.

Penyanyi asal Kota Kinabalu, Sabah itu akur kuasa mutlak di tangan Ajai dan Aina Abdul selaku juri tetap. Dia menerima penyingkiran dengan hati terbuka sekali gus meminta peminat tidak menyerang atau mempersalahkan Naufal dalam hal berkenaan.

Terkejut

Keadaan kesihatan dilihat sebagai punca persembahan Isaac di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad lalu tidak sesempurna seperti diharapkan.

“Masa tahu Naufal tersingkir saya terkejut kerana markah saya paling rendah. Apabila juri kata nak guna Imuniti X, saya jadi keliru kerana kurang pasti dengan sistem tersebut.

“Selepas itu baru sedar yang saya tersingkir. Apa pun saya percaya juri mempunyai alasan tersendiri. Saya tak salahkan mereka dan berharap peminat tidak menyerang Naufal atas kemaraannya,” katanya pada sidang media selepas konsert kedua BS5.

Imuniti X

Menyampaikan lagu Terhangat Di Pasaran nyanyian KRU mengikut tema Flex Your Beat, Isaac, 28, yang dikenali sebagai penyanyi dengan genre K-pop terpaksa ‘dikorbankan’ bagi menyelamatkan Naufal.

Markah persembahan dibahagikan kepada dua iaitu berdasarkan pemarkahan juri, disusuli bahagian kedua menerusi undian peminat secara online membabitkan tiga peserta dengan markah terendah.

Menerusi pengenalan sistem Imuniti X, juri tetap diberikan keistimewaan untuk menyelamatkan peserta yang mempunyai markah tercorot.

Biarpun tersingkir, Isaac enggan perjuangannya dalam industri muzik juga berakhir. Dia malah mahu terus bersemangat membuktikan kepada Ajai bahawa dia sememangnya boleh menyanyi.

“Saya tidak akan berkecil hati kerana sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai juri untuk memberi penilaian dan saya terima segala ulasan serta keputusan dengan hati terbuka.

“Perjuangan saya tidak mungkin berakhir. Saya akan buktikan bakat serta kebolehan saya dalam arena ini,” katanya lagi

Selain Naufal, seorang lagi dengan markah rendah, Aufahanie bakal menyertai 10 lagi rakan seperjuangan iaitu Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan COEX, minggu depan.

Selain bintang tempatan, BS5 turut menampilkan tiga bintang dari luar negara iaitu Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura) dan pasangan duo asal Korea Selatan, Hoondoo.

Selain Ajai dan Aina, musim kelima Big Stage minggu kedua turut mengundang penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng sebagai juri jemputan.

Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery, pula duduk di kerusi Presiden Netizen.

Pada konsert minggu ketiga nanti, 12 peserta yang masih bersaing bakal mengetengahkan persembahan dengan tema Asmaraloka iaitu mengangkat cinta sebagai eleman utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI