fbpx

Barcelona sanggup buat apa sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA meraikan kejayaan mereka muncul juara La Liga selepas menundukkan Espanyol kelmarin. – AFP

BARCELONA – Presiden Barcelona, Joan Laporta menegaskan juara La Liga itu akan melakukan apa saja yang termampu untuk membawa pulang Lionel Messi ke Camp Nou, musim depan, sejurus kontrak bintang Argentina bersama Paris Saint-Germain tamat.

Di sebalik minat yang ditunjukkan pasukan dari Arab Saudi, Laporta tetap menaruh harapan penjaring terbanyak sepanjang zaman Barcelona itu akan kembali ke Sepanyol ketika kelab The Catalans itu sudah pun memberikan banyak kejayaan buat Messi.

Biarpun hubungan yang retak sebelum ini, Laporta juga menegaskan beliau sudah pun berhubung dengan Messi untuk membina semula hubungan bagi membolehkan kapten Argentina itu kembali ke Barcelona.

“Dia adalah pemain Paris Saint-Germain, namun kami juga sedang bekerja untuk memperkukuhkan pasukan. Kami perlu menunggu sehingga penghujung musim dan kemudiannya baharu kita boleh bercakap de­ngan lebih tenang tentang perkara ini.

“Saya sudah bercakap dengannya dan saya terpaksa mendahulukan kelab daripada segala-galanya. Perbualan antara kami berlangsung agak baik, malah kami juga saling bertukar mesej,” katanya.

Sebelum ini, laporan menyebut rundingan dengan kelab Arab Saudi sudah pun selesai dan dilaporkan Messi akan me­nerima bayaran lumayan jika mengambil keputusan berhijrah ke Asia Barat.

“Kami tetap hormati Arab Saudi, tetapi Barcelona tetap akan jadi Barcelona dan di sini adalah rumahnya. Kami boleh bersaing dengan semua orang dan sejarah akan berikan sokongan kepada kami,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI