fbpx

Anwar bangga sumbangan Wisma Putra tingkat imej Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra, Putrajaya, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Luar yang berjaya mengangkat imej negara di persada dunia.

Anwar berkata, beliau sangat berbangga dengan gerak kerja yang dilaksanakan oleh Wisma Putra dalam melaksanakan kerangka lawatan kerja ke luar negara sejak menyandang jawatan Perdana Menteri enam bulan lalu.

Beliau memberikan contoh apabila menerima laporan yang disifatkannya begitu lengkap daripada kementerian itu sebelum lawatannya yang melibatkan 10 negara setakat ini.

“Cara kerja anda semua melebihi jangkauan saya termasuk penyediaan nota rujukan yang amat menyeluruh,” katanya ketika berucap pada Majlis Hari Raya Wisma Putra 2023, di sini hari ini.

Beliau juga turut berbangga dengan khidmat dicurahkan setiap kakitangan di kementerian itu yang turut berjaya mempromosikan imej Malaysia Madani di seluruh dunia.

“Saya cukup gembira atas gerak kerja anda di Wisma Putra begitu profesional dan begitu juga petugas di kedutaan kita yang sentiasa efisien serta amat berdedikasi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI