fbpx

Wanita ditahan disyaki ‘seksa’ dua bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA warga tempatan berusia 21 tahun diberkas selepas disyaki mengasari dua bayi dalam kejadian di sebuah taska di Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang juga pengasuh bertindak luar kawalan apabila disyaki menyeksa dua bayi dalam kejadian di sebuah taska di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini.

Tindakan wanita berusia 21 tahun itu terbongkar apabila dua rakaman video tular di media sosial sejak semalam menunjukkan dia melakukan perbuatan mengasari seorang bayi lelaki dan perempuan sambil menampar kepala selain meniup wajah mangsa supaya berhenti menangis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, terkesan dengan penularan klip video berkenaan polis berjaya menahan wanita warga tempatan di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai pada pukul 2 pagi tadi.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini. Mangsa merupakan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan lelaki sembilan bulan.

“Polis akan membuat permohonan reman di Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, tular dua video masing-masing berdurasi 48 dan 39 saat menunjukkan wanita berbadan gempal itu mengasari bayi sehingga mendapat pelbagai respon daripada netizen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI