fbpx

Lebih 50 peratus flat awam di Johor kotor, uzur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. JAFNI (dua dari kanan) melihat sendiri keadaan beberapa buah flat yang kotor ketika membuat tinjauan di flat Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Lebih 50 peratus daripada kesemua flat kos rendah di negeri ini berada dalam kategori kotor dengan pelbagai masalah penyelenggaraan seperti yang dizahirkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, sudah tiba masanya kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan khas untuk menyelenggara premis berkenaan.

Menurut beliau, flat kos rendah atau flat awam ini berbeza dengan Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Rumah Sewa Kerajaan (RSK) yang mempunyai peruntukan khas kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Di seluruh Johor, terdapat lebih 100 projek flat awam dan mengikut data kita miliki, 100 daripadanya terletak dalam kawasan Greater JB iaitu di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB); Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP); Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) serta Majlis Perbandaran Kulai.

“Dan daripada jumlah itu, boleh dikatakan lebih 50 peratus daripadanya berada dalam kategori yang dititahkan Sultan Johor,” katanya kepada pemberita selepas melawat Flat Taman Ungku Tun Aminah, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Jafni, selama ini tiada peruntukan khas kerajaan buat flat awam kerana ia merupakan kediaman swasta yang diuruskan penduduk menerusi penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI