fbpx

Bintang K-pop Haesoo dipercayai mati bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS mensyaki Haesoo meninggal akibat bunuh diri.

TIDAK sampai sebulan selepas pemergian anggota kumpulan Astro, Moonbin, hari ini dunia hiburan K-pop dikejutkan pula kematian penyanyi Haesoo yang ditemui tidak bernyawa di dalam bilik asramanya.

Kematian secara mengejut penyanyi usia 29 tahun itu dipercayai akibat membunuh diri apabila pihak polis menjumpai sepucuk surat.

Surat yang dijumpai menandakan tidak mengesyaki sebarang unsur pembunuhan yang berlaku ke atas Haesoo.

Bagaimanapun, butiran dalam surat yang ditulis penyanyi wanita itu dirahsiakan oleh pihak polis untuk mengelakkan sebarang spekulasi.

Sebelum ini, pihak polis ada melaporkan tentang penemuan mayat bintang K-pop di sebuah bilik hotel pada 11 Mei lalu tanpa mendedahkan identiti sehingga siasatan selesai.

Ikut perancangan, pada 20 Mei nanti, Haesoo sepatutnya mengadakan persembahan di sebuah festival namun pihak pengurusannya, YTN mengumumkan penyanyi itu tidak akan terlibat dalam acara tersebut.

Haesoo yang dilahirkan pada tahun 1993 itu mengambil jurusan muzik tradisional Korea ketika menuntut di universiti. Penyanyi itu melakukan debut menerusi album My Life I Will pada 2019 dan semakin dikenali selepas membintangi beberapa rancangan televisyen seperti The Trot Show, AM Plaza dan Gayo Stage. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI