fbpx

Anwar ucap Selamat Hari Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan Selamat Hari Guru oleh Perdana Menteri.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui laman sosialnya hari ini mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik beliau selama ini.

Jelas beliau,tarikh 16 Mei adalah tarikh besar untuk mengenangkan jasa serta pengorbanan para guru dalam membangun bangsa dan masyarakat.

“Selamat Hari Guru kepada seluruh guru-guru dan warga pendidik di Malaysia.

“16 Mei adalah tarikh besar tatkala kita mengenang dan menghimbau jasa dan pengorbanan guru membangun bangsa dan masyarakat,” tulisnya.

Tambah Anwar, ilmu yang telah dicurahkan oleh guru selama ini boleh memanusiakan semua masyarakat termasuk dirinya sendiri.

“Semoga ilmu yang dicurahkan memanusiakan kita dan kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, komitmen dan keringat kalian amat saya sanjungi.

“Terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberi,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI