fbpx

9 maut akibat rabies di Sarawak setakat 15 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 kes rabies dilaporkan di Sarawak bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Mei lalu dengan sembilan kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, ini menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak mencecah 66 kes dengan 59 kematian dilaporkan.

Beliau berkata, daripada 11 kes tahun ini, empat kes dilaporkan di Sibu, Serian (dua kes), Kuching (dua kes) dan satu kes di Bintulu membabitkan mangsa berusia lingkungan 6 hingga 63 tahun.

“Lapan kes yang dilaporkan itu mempunyai sejarah digigit anjing, dua kes digigit atau dicakar oleh kucing dan satu kes tidak diketahui sama ada sejarah digigit atau dicakar haiwan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sejumlah 31 buah fasiliti kesihatan awam di Sarawak telah dikenal pasti bagi menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies.

Muhammad Radzi berkata, sembilan buah hospital turut memberikan perkhidmatan suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) kepada kes-kes berisiko tinggi.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan segera mendapatkan rawatan sekiranya digigit atau dicakar atau terkena air liur haiwan selain mendapatkan vaksin anti-rabies yang lengkap.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak mengendalikan sebarang haiwan liar termasuk anjing dan kucing liar sama ada yang hidup mahupun yang telah mati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI