fbpx

30 guru ungguli anugerah sempena Hari Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHLINA menyampaikan Anugerah Guru Berwibawa Guru Orang Orang Asli, kepada penerima, Sabina Benjamin pada Malam Anugerah Hari Guru 2023 di MITC, Melaka. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seramai 30 guru cemerlang melibatkan pencalonan daripada seluruh negara menerima anugerah dan hadiah pada Majlis Malam Anugerah Hari Guru 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, malam tadi.

Anugerah itu telah disampaikan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bersama-sama Timbalannya, Lim Hui Ying dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Menurut Fadhlina, majlis tersebut dianjurkan bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru yang tidak pernah berkira dalam memberikan yang terbaik kepada anak didik.

Katanya, sebanyak 28 anugerah telah disediakan di bawah empat kategori iaitu Anugerah Khas Pendidikan, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Guru Berwibawa dan Anugerah Ikon.

“Bagi anugerah ini, kita telah menerima sebanyak 357 pencalonan guru daripada institusi pendidikan di seluruh negara sebelum ia disenarai pendekkan.

“Seramai 28 guru telah dipilih dan dinobatkan dengan anugerah masing-masing, penerima utama bagi empat kategori itu pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 yang ditaja oleh Bank Simpanan Nasional,” katanya.

Tambahnya, dua guru turut menerima Anugerah Khas Menteri Pendidikan Sekolah bagi kategori Citra Madani dan Anugerah Guru Juara Digital.

Ujarnya, penerima masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM15,000 tajaan PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Saya berharap dengan pengiktirafan diberikan ini dapat memberi semangat baharu kepada semua warga pendidik untuk lebih berusaha melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI