fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: ‘Tendangan’ Syafiq pacu emas ke-30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syafiq Zuber mempamerkan prestasi ampuh pada final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan SEA Kemboja 2023

PHNOM PENH – Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber mempamerkan prestasi ampuh pada final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan SEA Kemboja 2023 sebelum muncul juara di Pusat Konvensyen Chroy Changvar sebentar tadi.

Pada saingan itu, wakil Indonesia, Naufal Khairudin berjaya meraih mata 10-7 pada pusingan pertama.

Namun, Syafiq menunjukkan statusnya selaku juara bertahan apabila bangkit untuk mengutip mata 10-0 pada pusingan kedua.

Enggan menoleh ke belakang, Syafiq terus mengorak langkah cemerlang apabila meraih mata 4-2 sekali gus menewaskan Naufal dengan keputusan 2-1.

Kejayaan Syafiq menyaksikan skuad taekwondo negara menyumbangkan kilauan pingat ke-30 pada temasya kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI