fbpx

Shopee: Mencungkil permata tersembunyi, meningkatkan industri tradisional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAMA Kita Shop Selangor menawarkan 200 hingga 300 jenis rekaan seperti kerongsang kecil, kerongsang bahu dan kerongsang besar.

EKOSISTEM Shopee yang teguh memberikan kemudahan kepada penjual untuk menguruskan kedai dalam talian mereka, menjangkau lebih ramai pelanggan dan memenuhi pesanan pelanggan melalui pengurusan logistik bersepadu.

Platform tersebut juga menyokong banyak perniagaan berskala kecil dengan infrastruktur dan sumber e-dagang. Oleh itu, tidak hairanlah banyak perniagaan tempatan beralih kepada platform e-dagang untuk mengembangkan jangkauan perniagaan mereka.

Perniagaan sambal hitam Pahang ke Lembah Klang

Khairil Adhzaha yang mengendalikan kilang sambal hitam di Bentong, Pahang merupakan salah seorang penjual tempatan Shopee Malaysia yang paling berjaya.

Jenamanya, Tokey Sambal Hitam telah dianugerahkan gelaran Super Favourite Buatan Malaysia pada Anugerah Super Shopee 2022 baru-baru ini kerana mencapai pertumbuhan kedai tertinggi dalam tempoh 12 bulan lepas dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Kilang Tokey Sambal Hitam mengeluarkan 80 kilogram (kg) sambal hitam setiap hari dan menggaji enam pekerja tempatan untuk melaksanakan tugasan harian bermula dengan pemprosesan bahan mentah sehinggalah kepada pemasaran produk.

Menurut Khairil, perniagaan itu bermula sebagai hobi pada 2009 dan ia berkembang dengan pesat apabila dia menggunakan platform Shopee untuk menjangkau khalayak di luar Bentong.

“Majoriti pelanggan kami tinggal di sekitar Lembah Klang dan dengan menggunakan platform e-dagang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan dengan ketara serta mewujudkan permintaan yang lebih besar di luar Bentong.

“Berada di Shopee telah membantu perniagaan saya berkembang dengan sangat pesat kerana e-dagang menghubungkan pelanggan dengan perniagaan ini.” katanya.

Jelas Khairil, sambal hitam adalah sambal khas buatan Pahang yang menggunakan bahan-bahan tempatan seperti cili, belimbing buluh, bawang besar dan ikan bilis.

TOKEY Sambal Hitam telah dianugerahkan gelaran Super Favourite Buatan Malaysia pada Anugerah Super Shopee 2022 baru-baru ini kerana mencapai pertumbuhan kedai tertinggi dalam tempoh 12 bulan lepas dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

“Kebanyakan keluarga Melayu di Pahang mempunyai resipi mereka tersendiri. Ia sangat lazat, anda akan menghabiskan sepinggan nasi dengan sambal hitam ini yang sedia dimakan dan menjimatkan masa khasnya untuk orang dewasa yang sibuk bekerja.

“Itulah sebabnya terdapat lebih banyak permintaan untuk sambal hitam siap dimakan di Kuala Lumpur berbanding di Bentong,” ujarnya.

Ketika ditanya bagaimana perniagaannya itu menyumbang kepada ekonomi tempatan, Khairil berkata, semua bahan mentah diperoleh daripada petani dan peniaga tempatan.

Dia menempah ratusan kilogram bekalan ikan bilis, cili dan bawang daripada peniaga tempatan manakala belimbing buluh diperolehi terus daripada petani tempatan di sekitar Selangor, Pahang dan Perak.

Tambah Khairil, dengan pertumbuhan perniagaan tahunan Tokey Sambal Hitam diunjurkan antara 20 peratus (%) dan 30%, beliau meramalkan peningkatan sehingga 40% dalam jumlah bahan mentah yang diperlukan.

“Sebagai penjual di Shopee, saya mempunyai kelebihan menerima bantuan dan bimbingan yang mencukupi daripada pengurus akaun saya.

“Semua ini telah membantu mempercepatkan pertumbuhan perniagaan saya,” tuturnya.

Buah tangan dari Sabah untuk rakyat Malaysia Barat

Bekas Eksekutif Kewangan Insurans, Emilhan Mokhtar, kehilangan pekerjaan dan kembali ke Sabah pada 2020.

Bermodalkan RM2,000 yang dipinjam daripada adik bongsunya, Emilhan membeli kerongsang yang dibuat dengan mutiara air tawar Sabah untuk jual di Shopee.

“Perniagaan saya sangat kecil dan saya perlu berfikir di luar kotak. Saya mendapatkan kerongsang mutiara air tawar iaitu cenderahati popular dari Sabah untuk dijual kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur,” jelas Emilhan.

“Siapa sangka, hari ini kedai dalam talian Emilhan, Kita Shop Selangor telah berkembang pesat di Shopee,” ceritanya.

Kejayaan yang diraih telah membolehkannya menubuhkan sebuah kedai dengan menggaji enam pekerja tempatan untuk membantu menjalankan tugas seperti memilih dan membungkus, mencipta kandungan dalam talian serta menguruskan kedai fizikal.

Jenama itu menawarkan 200 hingga 300 jenis rekaan seperti kerongsang kecil, kerongsang bahu dan kerongsang besar.

Kesemuanya diperoleh daripada tukang-tukang tempatan dan artisan di seluruh Sabah.

“E-Dagang merupakan platform penciptaan permintaan yang besar dan 95% daripada pelanggan saya adalah dari Semenanjung Malaysia.

“Pada tahun 2021, saya berjaya menukar jenis pemilikan perniagaan kepada Sendirian Berhad,” katanya sambil memberitahu, kedai dalam taliannya menjual purata 2,000 kerongsang setiap bulan.

Emilhan percaya bahawa e-dagang mampu mewujudkan lebih banyak permintaan untuk kerongsang yang diperbuat daripada mutiara air tawar Sabah terutamanya dengan jualan langsung kerana ia membolehkan penjual berinteraksi dengan pengguna yang berminat dan bakal pembeli dalam masa nyata.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami mendapati bahawa pelanggan mungkin berbelanja sekurang-kurangnya tiga kali ganda semasa sesi Shopee Live.

“Kami percaya bahawa mereka berasa lebih yakin dengan kualiti produk apabila dapat melihatnya secara langsung,” ulasnya.

Kerepek Pedas dari Parit Sulong ke seluruh Malaysia

Kerepek Mastuki menjual kira-kira 1,200kg kerepek pedas dalam talian kepada orang ramai di seluruh Malaysia setiap bulan.

KEREPEK Mastuki kini mengeluarkan purata 19,000kg kerepek setiap bulan dengan cili dan bawang diperoleh daripada pembekal tempatan.

Menurut Ketua Pembungkusannya, Fatin Syahirah, Kerepek Mastuki bermula sebagai perniagaan keluarga pada 1991 dan telah meraih populariti dalam tempoh 10 tahun.

“Kerepek Mastuki dijual di Shopee semasa pandemik. Kami mempunyai kelebihan mempunyai pangkalan data pelanggan sedia ada yang besar sebelum dijual dalam talian.

“Pelanggan kami juga teruja melihat makanan ringan kegemaran mereka mudah diakses dalam talian,” kongsinya.

Kerepek Mastuki kini mengeluarkan purata 19,000kg kerepek setiap bulan dengan cili dan bawang diperoleh daripada pembekal tempatan.

Ujar Fatin lagi, pihaknya sangat bersyukur kerana dapat menyokong komuniti setempat di Parit Sulong melalui Kerepek Mastuki dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Shopee memperkasakan penjual yang berminat untuk menjalankan perniagaan tradisional mereka dalam talian melalui pelbagai kursus dalam talian menerusi Hab Pendidikan Penjual dan Universiti Shopee.

Untuk mengukuhkan lagi kelebihan mereka, penjual boleh menyertai Shopee Seller Summit pada Jun 2023 dan meneroka trend berasaskan nilai terkini dalam industri, berkongsi pengalaman dan belajar daripada rakan penjual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI