fbpx

Pusat PerubatanSunway hargai pengorbanan jururawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada jururawat Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway yang diraikan pada 12 Mei lalu.

PETALING JAYA – Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway menghargai lebih daripada 2,000 jururawat yang telah berdedikasi dan  menyumbangkan sepenuh jiwa dan raga mereka kepada keperluan kesihatan setiap individu dan komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif pusat perubatan tersebut, Dr. Seow Vei Ken berkata, sambutan Hari Jururawat pada 12 Mei lalu  bertemakan, Jururawat Kami. Masa Depan Semua (Our Nurses. Our Future) pada tahun ini  bertujuan untuk menangani cabaran kesihatan global serta meningkatkan taraf kesihatan bagi setiap individu. 

Menurut beliau, jururawat perlu dilindungi, dihormati serta dihargai kerana mereka adalah  masa hadapan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Sebagai hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, kami berusaha untuk menyediakan standard penjagaan kesihatan terbaik dan kejayaan tersebut merupakan hasil usaha daripada  jururawat yang terlatih dan penuh semangat. 

“Dengan kepakaran klinikal profesional serta pengalaman meluas, kami pasti akan mengubah landskap perkhidmatan penjagaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

 Selain itu, bagi memberikan standard perkhidmatan tertinggi secara berterusan, Pusat Perubatan Sunway buat julung kalinya di Malaysia telah menganjurkan kursus asas penjagaan rapi kanak-kanak kepada para jururawatnya.

 Diketuai oleh Perunding Pediatrik Intensivis Dr. Anis Siham Zainal Abidin, kursus ini diadakan bertujuan untuk mengembangkan peranan jururawat serta mengoptimumkan penjagaan dan pengurusan kanak-kanak serta keluarga mereka, yang merangkumi ruang lingkup bidang klinikal mereka.

Mengulas mengenai Pusat Perubatan Sunway, ia telah  menjalani fasa pengembangan yang berterusan bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa yang mana ini memberi peluang kepada warga kerja, termasuk jururawat untuk mengembangkan kerjaya masing-masing.

 “Menara D dan E baharu akan dibuka tidak lama lagi dan jumlah katil telah bertambah daripada 616 kepada lebih 1,000 katil.  Ia juga akan menempatkan jabatan khusus untuk Kecemasan Kanak-kanak serta Pusat Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak,” ujarnya.

Sementara itu, Pusat Perubatan Sunway juga telah menawarkan biasiswa penuh untuk ijazah dan diploma dalam bidang kejururawatan bagi mereka yang berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini. 

Hospital tersebut akan membiayai yuran pengajian sepenuhnya serta perbelanjaan kos sara hidup mereka sehingga tamat pengajian, pada masa yang sama, melengkapkan bakal jururawat ini dengan pengalaman praktikal yang diperlukan untuk memulakan kerjaya bermanfaat ini. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI