fbpx

Olier Rahman diburu JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Olier Rahman yang diburu JIM.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu dalam memberikan maklumat mengenai seorang lelaki warga negara Bangladesh yang dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di mahkamah.

JIM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, lelaki dikenali Olier Rahman, 34, itu dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Pati Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Per. 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Ku Azmaliana Ku Abd Hamid.

“Ku Azmaliana boleh dihubungi di talian 03-88801338 atau 03-8880 1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI