fbpx

Cuai, tertinggal anak dalam kereta boleh didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan (kiri), gambar tular di media sosial kanak-kanak ditinggalkan di dalam kereta (kanan).

SERDANG – Kecuaian meninggalkan kanak-kanak di dalam kereta yang berkunci sehingga mungkin menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal atau emosi boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Menegaskan perkara tersebut, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian seperti ini pernah menyebabkan kehilangan nyawa kanak-kanak.

“Ini adalah tanggungjawab penjaga, kejadian tinggalkan kanak-kanak dalam kereta pernah ada yang maut disebabkan kesesakan nafas .

“Jelas tindakan ini adalah kelalaian yang boleh menggugat nyawa kanak-kanak itu sendiri, ibu bapa perlu sensitif dan cakna serta bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran dewan serbaguna Balai Polis Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan tindakan sepasang suami isteri meninggalkan dua anak mereka di dalam sebuah kereta bagi menghadiri rumah terbuka mengundang pelbagai kecaman di media sosial.

Menerusi perkongsian di Facebook Nana Nandos, kejadian tersebut dipercayai berlaku dekat Taman Kajang Impian, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya, dia menyedari perkara tersebut apabila terdengar tangisan dua kanak-kanak di dalam sebuah kereta yang tidak berkunci.

Nana mendakwa enjin kereta dimatikan dan hanya tingkap dibuka sedikit lalu mendengar anak kembar dalam keadaan takut dan menangis.

Tambah Hussein, pihak yang menularkan perkara itu sepatutnya melaporkan kejadian itu di balai polis berdekatan untuk pihak berkuasa mengambil tindakan yang seterusnya.

“Yang terbaik adalah membuat laporan polis. Tidak kira apa jenis kesalahan, memang kita galakkan orang ramai melaporkannya kepada pihak polis.

“Perkongsian video juga adalah digalakkan kerana memudahkan urusan pihak berkuasa melakukan siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI