fbpx

27 tahun bersama, Sum 41 kini bubar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUM 41

SELEPAS 27 tahun berkarya, kumpulan asal Kanada, Sum 41 akhirnya mengumumkan pembubaran pada 8 Mei lalu menerusi kenyataaan dalam Instagram.

Menurut seorang ahli kumpulan tersebut, Deryck Whibley, Sum 41 telah melepasi waktu gemilang yang cukup indah sebelum semua anggota bersetuju mahu membawa haluan hidup masing-masing.

“Kami bergabung sejak 1996 dan telah melalui fasa kerjaya yang cukup indah. Sampai di sini sahaja perjuangan Sum 41,” katanya.

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu In Too Deep itu turut menyampaikan penghargaan kepada peminat yang selama ini banyak menyokong karier muzik mereka.

“Terima kasih buat peminat yang tidak putus memberi sokongan kepada muzik kami sehingga hari terakhir. Anda semua akan dirindui,” ujar Whibley.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI