fbpx

Tak pernah terlintas berucap di pentas Dewan Merdeka – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

KUALA LUMPUR – “Saya tidak pernah terlintas untuk berada di sini, berucap di atas pentas Dewan Merdeka ini.”

Demikian kata-kata yang diungkapkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ketika memulakan ucapan pada sesi bicara rakyat sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Katanya yang juga Menteri Pengangkutan, beliau jamin perkara sama turut dirasai oleh barisan kepimpinan lain di dalam partinya.

“Semasa saya menceburi politik dan menyertai parti saya (DAP), tak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa pada satu hari nanti akan berdiri berucap di Dewan Merdeka, WTC ini.

“Saya rasa tidak ada sesiapa daripada parti saya yang pernah terlintas dalam fikiran mereka termasuk Gobind Singh Deo (Timbalan Pengerusi DAP).

“Saya mengakui bahawa saya sedikit gugup hari ini biasanya ucapan saya tak perlu nota, hari ini saya perlu nota. Sedikit gugup sebab tak pernah berucap di pentas ini, saya tidak ada pengalaman,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anthony Loke sempat berseloroh mengatakan pentas Dewan Merdeka ini mungkin sudah biasa buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau sendiri pernah berada dalam UMNO.

“Mungkin untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dah banyak pengalaman. Kini kembali ke gelanggang lama selepas sekian lama,” selorohnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI