fbpx

Maut kemalangan selepas beli cincin tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Wira dinaiki Muhammad Aliff Hafizzudin dan Nuralifah Ilyana yang terlibat kemalangan di KM 105, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman semalam

KEMAMAN – Hajat pasangan kekasih untuk mengikat tali pertunangan tidak kesampaian apabila mereka terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 105, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Kawasan Perindustrian Kerteh di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 11 malam itu, Muhammad Aliff Hafizzudin Samsul, 24, maut manakala bakal tunangnya, Nuralifah Ilyana Azman, 21, mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mazda dinaiki pasangan suami isteri tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

Beliau berkata, MPV itu kemudiannya merempuh kereta jenis Proton Wira dinaiki Muhammad Aliff Hafizzudin dan Nuralifah Ilyana.

“Rempuhan tersebut menyebabkan kereta dinaiki pasangan kekasih tersebut terbalik dan mereka tersepit di dalam kenderaan terbabit.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh bomba sebelum Nuralifah Ilyana dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, Nuralifah Ilyana kemudiannya dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut manakala mayat Muhammad Aliff Hafizzudin pula dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI