fbpx

Lelaki maut, tak sempat elak kereta tukar lorong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa warga tempatan berusia 51 tahun maut di lokasi kejadian di persimpangan simpang 3 Jalan Klang Lama, Jalan 1/137C, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menemui ajal apabila melanggar sebuah kenderaan yang ingin bertukar lorong dalam satu kejadian di persimpangan simpang 3 Jalan Klang Lama, Jalan 1/137C, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, Polis Kuala Lumpur menerima laporan pada pukul 2.45 petang.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku pada pukul 1.05 petang.

“Kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 20 tahun dari arah Puchong menghala ke Mid Valley menukar lorong dari lorong ketiga untuk memasuki Jalan 1/137C.

“Penunggang motosikal yang berada di lorong kedua haluan yang sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang sebelah kiri kenderaan tersebut.

“Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun jatuh di lorong pertama dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum maut dilokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT) Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-20719999 atau hotline trafik Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI