fbpx

Gara-gara OPR, pembeli rumah Britain berhutang RM66 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik-pemilik rumah akan membuat bayaran tambahan pinjaman perumahan berikutan kenaikan kadar faedah sebanyak 12 kali oleh Bank of England. - Foto Getty Images

LONDON – Kadar faedah yang melambung tinggi menyebabkan pembeli rumah di Britain terpaksa membuat bayaran tambahan sebanyak £12 bilion (RM66.66 bilion), demikian menurut sebuah kumpulan pemikir seperti laporan akhbar The Guardian.

Kumpulan pemikir Yayasan Resolution dalam laporannya menyatakan, kenaikan kadar faedah sebanyak 12 kali oleh bank pusat iaitu Bank of England sejak Disember 2021 menyebabkan pembeli rumah dibebani bayaran tambahan £4.2 bilion (RM23.33 bilion).

Mereka dijangka terpaksa membuat bayaran tambahan kira-kira £8 bilion (RM44.44 bilion) dalam masa beberapa tahun berikutnya berdasarkan jangkaan kadar faedah akan terus meningkat.

Perkembangan itu menyebabkan lebih 1.6 juta pembeli rumah dijangka terpaksa membayar kadar faedah tambahan sekitar £2,300 setahun (RM12,776). 

Namun, ekonomi UK berada di belakang Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) yang merupakan negara-negara Kumpulan 7 (G7) selepas penguncupan yang tidak dijangka sebanyak 0.3 peratus berlaku pada Mac lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI