fbpx

F1: Leclerc percaya kemampuan Vasseur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC (kiri) memberikan sokongan penuh terhadap Vasseur dalam usaha Ferrari kembali mencapai tahap prestasi terbaik mereka. – AFP

MIAMI – Pelumba Ferrari, Charles Leclerc menegaskan, dia akan terus memberi soko­ngan kepada prinsipal, Frederic
Vasseur untuk mengubah nasib pasukan itu bagi meneruskan saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Vasseur yang meninggalkan Alfa Romeo bagi mengambil alih kerusi panas itu berdepan permulaan sukar bersama Ferrari selepas menyaksikan pasukan tersebut menghuni tangga keempat dalam kategori pengeluar.

Bagaimanapun, Leclerc menaruh sepenuh kepercayaan terhadap Vasseur memandangkan pasukan itu menerima pakej baharu pada setiap perlumbaan, namun ia mungkin memerlukan sedikit masa.

“Saya fikir beliau (Vasseur) baru sahaja memulakan proses (naik taraf) tersebut. Buat masa sekarang, beliau sudah pun membuat analisis mengenai situa­si pasukan bagi mengenal pasti langkah terbaik yang boleh diambil.

“Justeru, saya yakin kerja keras akan bermula dari sekarang, jadi kita tunggu dan lihat sahaja. Saya sudah bercakap dengan beliau dan tahu apa yang akan dilakukan, jadi saya berdiri teguh di belakangnya,” katanya.

Pada perlumbaan di Grand Prix (Miami) minggu lalu, Leclerc terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketujuh, manakala rakan sepasukan, Carlos Sainz menamatkan saingan di tempat kelima.

“Saya percaya setiap keputusan yang dibuat oleh pasukan sudah difikirkan sebaiknya. Saya yakin kami sedang berada
di landasan tepat untuk bangkit, saya sudah tidak sabar untuk melihat perkara itu,” ujar Leclerc. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI