fbpx

Nur Hidayu sedia pakej hari ibu, guru serendah RM3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Hidayu menunjukkan sebahagian pakej hadiah disediakan untuk sambutan Hari Ibu dan Hari Guru di kedainya di Ajil, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Seorang perancang acara kejutan tidak menang tangan menerima lebih 200 tempahan bagi sambutan Hari Ibu dan Hari Guru yang masing-masing bakal disambut esok dan Selasa ini.

Nur Hidayu Chi Hasin, 39, berkata, dua sambutan pada bulan Mei tersebut memberikan limpahan rezeki buatnya setiap tahun sejak menceburi perniagaan berkenaan pada sembilan tahun lalu.

“Selain menerima tempahan, saya juga menjual hadiah Hari Ibu dan Hari Guru berkenaan di kedai yang terletak di Ajil di sini.

“Setiap kali tiba dua sambutan hari istimewa tersebut, operasi premis perniagaan akan dilanjutkan sehingga lewat malam demi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya ketika ditemui di Ajil di sini semalam.

Nur Hidayu berkata, dia menyediakan pakej hadiah serendah RM3 sempena Hari Ibu dan Hari Guru tersebut.

Jelasnya, pakej murah itu sebagai membantu pelanggannya yang turut terdiri dalam kala­ngan pelajar turut sama-sama meraikan sambutan tersebut bagi menghargai ibu dan guru masing-masing.

“Pakej hadiah yang paling mendapat sambutan ialah biskut berharga RM10 setiap set yang dibuat khas sempena Hari Ibu dan Hari Guru.

“Lusa (esok) dan Selasa depan merupakan hari yang sibuk buat saya dan tiga pekerja untuk membuat kejutan dengan menghantar hadiah ke rumah dan sekolah penerima di sekitar daerah ini,” katanya.

Nur Hidayu berkata, penghantaran hadiah kepada guru-guru lebih mencabar kerana mereka berdepan dengan kekangan masa memandangkan waktu persekolahan tengah hari.

Nur Hidayu menunjukkan sebahagian pakej hadiah disediakan untuk sambutan Hari Ibu dan Hari Guru di kedainya di Ajil, Hulu Terengganu semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI