fbpx

Lori tangki terbalik, minyak sawit mengalir ke dalam Sungai Labis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SISA minyak sawit yang tumpah dari Lori FGV yang terbalik akibat kemalangan mengalir ke dalam Sungai Labis.

SEGAMAT – Sebuah lori membawa muatan minyak kelapa sawit dilaporkan terbalik di Jambatan Jalan Labis, Segamat-Johor Bahru ke arah Chaa kira-kira pukul 12.38 tengah hari di sini hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekok, Tan Chong, minyak sawit dalam tangki lori tersebut melimpah di kawasan kejadian sehingga masuk ke kawasan Bandar Labis dan terus ke Sungai Labis melalui parit berhampiran.

“Kemalangan berlaku di mana Lori FGV membawa minyak sawit telah terbalik di jalan menaiki bukit di FlyOver Jambatan lintasan Landasan Keretapi ETS berhampiran Stesyen ETS Labis.

“Saya telah menghubungi dan memaklumkan kepada pihak berwajib agar mereka mengambil tindakan pembersihan segera supaya mengelakkan pencemaran sungai yang lebih buruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Chong berkata, beliau telah berhubung dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar memaklumkan perkara berkenaan.

“Semua penduduk dinasihati supaya berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut yang jalan licin. Buat sementara kurangkan aktiviti memancing di Sungai Labis kerana air sungai dicemari oleh limpahan minyak sawit tersebut,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI