fbpx

Loonkiito singa tertua di dunia mati terkena tusukan lembing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Loonkiito sebelum ia mati ditusuk lembing pada Rabu lalu. - Foto Lion Guardians/YouTube

NAIROBI, Kenya  –  Seekor singa yang dipercayai tertua di dunia,  mati dibunuh oleh pengembala haiwan ternakan pada usia 19 tahun di Kenya Rabu lalu, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Singa bernama Loonkiito dikatakan berada terlalu hampir dengan ternakan lembu di Taman Negara Amboseli. Sekumpulan pengembala bertindak membunuhnya.

Singa tersebut mati akibat luka selepas kepalanya terkena tusukan lembing.

Jurucakap Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya (KWS), Paul Jinaro berkata: “Ia adalah singa tua yang mempunyai masalah. Pada kebiasaannya, singa akan pergi memburu hidupan liar di dalam taman negara tersebut.”

Dia memberitahu Gulf News: “Haiwan itu memasuki kandang lembu sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan). Pengembala-pengembala menyerangnya dengan lembing. Ia lemah kerana usia tua dan mati akibat luka terkena tusukan lembing di kepala.”

Kumpulan pemuliharaan Lion Guardian mengulas di Facebook: “Dengan rasa berat hati kami berkongsi berita kematian Loonkiito (2004 – 2023), singa jantan tertua. Ia mati pada 10 Mei 2023 pada usia 19 tahun.”  – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI