fbpx

Kerajaan peruntuk RM8.94 juta selenggara kolam tadahan air di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL mendengar penerangan oleh Timbalan Setiausaha MBJB, Nazatul Shima Mohamad (kiri) mengenai projek penyelenggaraan kolam tadahan air di Pangsapuri Larkin Idaman Plot C, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sejumlah RM8.94 juta kepada kerajaan negeri bagi tujuan penyelenggaraan kolam tadahan air di kawasan penempatan di seluruh negeri ini.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Nasir berkata, ia membabitkan 28 kolam tadahan air yang dikesan di 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

Beliau berkata, peruntukan bagi menjalankan kerja penyelenggaraan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2023 yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Peruntukan yang disalurkan menerusi PBT bagi menjalankan kerja penyelenggaraan itu perlu dilaksanakan secepat mungkin dan disiapkan pada tahun ini juga. Ia juga sebagai persediaan kemungkinan berlaku banjir kilat.

“KPKT juga mengalu-alukan sekiranya ada lagi senarai kolam takungan yang mana bersesuaian untuk kita selenggara dan tambah baik, itu kita akan teliti pada Isnin nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan meninjau kolam tadahan bersempena Majlis Penyerahan Surat Peruntukan Projek Kolam Tadahan di Pangsapuri Larkin Idaman Lot C, di sini semalam.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, KPKT telah meluluskan sebanyak RM500,000 kepada MBJB untuk menyelenggara kolam tadahan air di pangsapuri itu.

Jelasnya, kerja penyelenggaraan itu bukan sahaja sekadar membersihkan tetapi mendalamkan kolam terbabit dan juga membina semula kolam itu supaya dapat mengelakkan berlakunya hakisan dan sebagainya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI