fbpx

Sakura LE SSERAFIM janggal budaya Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKURA

Anggota kumpulan LE SSERAFIM, Sakura yang berasal dari Jepun mengakui berdepan kesukaran membiasakan diri dengan budaya sapaan orang Korea dalam pergaulan seharian.

Menerusi rancangan bual bicara Psick Show, Sakura dan seorang lagi ahli kumpulannya, uh Yunjin muncul sebagai tetamu istimewa.

Apabila ditanya tentang sebarang kesukaran menyesuaikan diri di Seoul, Sakura mengakui kekok dan paling susah untuk memahami budaya memberi salam di Korea.

“Saya tidak faham ucapan ‘awak dah makan’. Saya tertanya-tanya mengapa mereka nak tahu saya sudah makan atau belum. Adakah itu bermakna saya perlu makan bersama mereka. Saya agak takut untuk menjawab, jadi saya selalu berkata, saya sudah makan walaupun belum,” ujarnya.

Sebagai tindak balas, hos rancangan tersebut, Lee Yong-joo berkongsi tip dan mengajar jawapan paling tepat buat Sakura.

“Soalan, adakah anda sudah makan bermakna seperti ucapan salam dan permulaan perbualan.

“Kini, sapaan itu berubah. Daripada berkata ‘awak sudah makan’, lebih baik awak membalas dengan menyatakan ‘awak sudah turun berat badan’.
Itulah cara bergaya untuk bertegur sapa di Seoul sekarang,” jelas Yong-joo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI